Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.
Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.
Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.
Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.
Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.
Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.
KEDAHfm ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia dari ibu negeri Kedah Alor Setar. Kini, siaran KEDAHfm boleh didengar 24 jam sehari dalam Bahasa Melayu, termasuk berita tempatan dan muzik Malaysia. KEDAHfm boleh diiukuti di seluruh negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak Utara serta seletan Thailand (Satun dan Betong).
Sejarah
Sejarah KEDAHfm bermula pada tahun 1968. Pada masa itu, seorang wakil ditempatkan di Bangunan Persekutuan, Alor Setar untuk membuat liputan, rakaman dan temuramah mengenai sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar negeri Kedah untuk stesen Radio Malaysia Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Pada tahun 1979, sebuah stesen sementara yang dikenali sebagai Radio Malaysia Alor Setar (RMAS) ditubuhkan di Wisma Persekutuan, Alor Setar.
Pada tahun 1992, Radio Malaysia Alor Setar berpindah ke Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim, di mana ia terus bersiaran di tempat itu sehingga sekarang. Kompleks ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 8 Februari 1992.
Pada tahun 2003, pemasangan peralatan suntingan video digital dibuat di unit berita manakala pemasangan peralatan penyiaran digital dibuat di studio siaran. Untuk keselamatan, Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan Sistem Pengurusan Masa (Time Management System).
Pada tahun 2004, KEDAHfm memasang sistem berita DaletPlus. Sistem ini membolehkan berita-berita dari Kedah dihantar secara melalui talian VPN ke Angkasapuri. Tahun ini juga, ke semua pemancar utama radio RTM dinaik taraf kepada RDS (Sistem Radio Data) untuk tujuan peningkatan frekuensi siaran yg lebih berkualiti & terkini serta memudahkan pengguna radio yang mempunyai radio penerima RDS ini mudah diaplikasikan. Pemancar yang terlibat dalam naiktaraf untuk KEDAHfm ialah di Gunung Jerai, Bukit Sungai Kecil Hilir dan Bukit Dedap. Manakala pemancar lain dikekalkan kerana masih boleh diguna pakai sehingga sekarang.
Pada tahun 2005, Sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) telah digunakan untuk siaran KEDAHfm. Semua pendengar yang ingin menghantar SMS mereka perlu mendaftar sebagai Ahli Sahabat KEDAHfm. Melalui Sahabat Kedahfm ini, pelbagai aktiviti dapat dijalankan. Pada 12 November 2005, siaran 24 jam KEDAHfm dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang dari Dewan Wawasan Jitra oleh DYMM Sultan Kedah. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Penerangan Malaysia, YB Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Bin Haji Sheikh Fadzir dan isteri. Siaran 24 jam ini merupakan cetusan idea beliau. Pemasangan Sistem Penjadualan Iklan Radio untuk bahagian Pemasaran Radio. Sistem ini membolehkan semua aktiviti penjadualan iklan dapat dihubungkan secara online kepada semua stesen radio di seluruh Malaysia.
Pada 2007 Radio Online KEDAHfm telah dibangunkan untuk para pendengar di luar negeri Kedah atau negara Malaysia. Sambutan menggalakkan daripada pendengar terutama dari luar negara 2010.Dengan mengunakan domain https://kedahfm.gov.my 2011.
Klik pada jadual untuk melihat paparan penuh.
PENTADBIRAN
Menguruskan hal ehwal surat menyurat, Urusan perjalanan fail termasuk pembukaan dan penutupan fail.
Mengendali segala aspek pengurusan pentadbiran pejabat.
Menyediakan segala laporan kewangan (mengurus).
Membantu di dalam penyediaan anggaran peruntukan tahunan.
Mengemaskini rekod-rekod cuti dan perkhidmatan.
Pengurusan hal ehwal kakitangan berhubung perjawatan, pentadbiran dan perkhidmatan.
Mengurus bayaran urusan elaun tuntutan, bil, tiket kapal terbang dan berkaitan tempahan penginapan.
Mengadakan program yang teratur bagi pelaksanaan aktiviti di unit personal, kewangan dan aset.
Menyelaras aspek pembangunan sumber manusia.
Bertanggungjawab mengurus proses pengambilan balik tanah dan penempatan semula penduduk.
Mengurus proses pampasan dengan pihak-pihak yang terlibat dan berkaitan.
Mengurus dan mengatur mesyuarat serta perjumpaan di antara pihak-pihak yang terlibat di dalam perlaksanaan projek.
Merekod dan mendokumentasi hal-hal berkaitan.
KEJURUTERAAN
FUNGSI
Memberi perkhidmatan penyebaran maklumat melalui RADIO dengan berkesan dari segi urusan teknikal.
OBJEKTIF
Menentukan penerimaan siaran radio dengan jelas kepada warga negeri Kedah.
Menyelenggara peralatan agar dapat berfungsi pada tahap maksimum.
Mengendalikan aktiviti penerbitan rancangan radio dengan berkesan.
Memperluaskan kawasan liputan dari masa ke semasa.
UNIT-UNIT
UNIT PENYELENGGARAAN
Fungsi :
Menyelenggara peralatan studio
Membaiki kerosakan peralatan studio
Menguji peralatan studio.
UNIT SIARAN LUAR
Fungsi :
Membuat rakaman luar
Mengendali sistem siaraya
Membuat siaraya langsung
UNIT KENDALIAN BILIK PUSAT KAWALAN
Fungsi :
Menguji peralatan teknikal di Bilik Siaran sebelum siaran ke udara.
Mengawal dan memantau kualiti siaran 'off-air' dan 'on-air'.
Menghantar bahan dan menerima bahan dari stesen lain melalui talian mengikut tempahan.
RANCANGAN
OBJEKTIF
Menerbit dan menyiarkan racangan bermaklumat
Membina dan menghiburkan pendengar
Berpandukan dasar dan aspirasi kerajaan serta sentiasa peka dengan perkembangan dunia penyiaran semasa
UNIT-UNIT
UNIT RANCANGAN
JADUAL URUSAN RANCANGAN:
Menguruskan urusan muat turun lagu-lagu baharu dan promo semasa dari ibu pejabat dari Sistem Simpanan Lagu
Mengurus dan menyusun atur jadual siaran setiap hari siaran
Membekalkan lagu-lagu yang akan dibawa bagi tujuan bersiaran di luar konti utama
Menguruskan urusan tempahan rakaman atau siaran luar
Menyediakan senarai lagu yang telah bersiaran secara bulanan bagi tujuan tuntutan royalti
PENERBITAN:
Menyelia penerbitan rancangan berakam
Memantau dan memastikan setiap rancangan berakam disiarkan mengikut jadual
Menjadual, mengurus dan menyelaras latihan dan recce bagi program radio di loka
SIARAN RADIO:
Merangka persembahan siaran 18 jam sehari
Merangka jadual siaran musim perayaan
Menjamin keselesaan bilik siaran
Menyemak log siaran
Menyelia siaran dan rancangan yang disampaikan secara live di konti
Memantau dan memastikan siaran radio menepati mutu siaran dan piawaian yang ditetapkan
Menyemak talking point atau bahan ucapan DJ sehari sebelum ke udara
Menyediakan jadual tugas dan ganti tugas konti
Memperakui bayaran juruhebah sambilan setiap bulann
BERITA:
Merancang liputan harian Berita Radio dan TV
Menyelia penerbitan Berita TV dan Radio
Mengatur tugas Pemberita, Juru kamera, pemandu dan penyunting visual
Menyelia dan memperaku tuntutan Artis Berjadual dan pegawai sambilan
Menyelia peralatan dan kenderaan BES
AGAMA:
Menyelia penerbitan berakam bercorak keagamaan
Menyelia penerbitan rancangan siaran langsung mingguan
Menyedia dan memperakui bayaran penceramah setiap bulan
Mengadakan perbincangan dengan tetamu bagi tajuk cadangan bagi setiap rancangan
PROMO:
Mengetuai dan menyediakan penerbitan promo siaran, pengumuman, teaser, jingle, cross promo tv, promo surat khabar, promo majalah dan crawler tv dari semasa ke semasa;
Membuat laporan bulanan bertulis kepada Pengarah dan Ketua Bahagian Rancangan aktiviti penerbitan promo/kreatif
Menyediakan sekurang-kurangnya 5 jingle/PSA/teaser setiap bulan
Menyelaras bersama Agen Pengiklanan RTM dalam urusan pemasaran dan penjualan masa siaran – iklan spot buy atau rancangan tajaan.