Mengenai KedahFM


  • Sejarah Radio RTM

    Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.
    Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.
    Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.
    Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.
    Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.
    Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

  • Sejarah

    Kedah FM

    Kedah FM ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia dari ibu negeri Kedah Alor Setar. Kini, siaran Kedah FM boleh didengar 24 jam sehari dalam Bahasa Melayu, termasuk berita tempatan dan muzik Malaysia. Kedah FM boleh diiukuti di seluruh negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak Utara serta seletan Thailand (Satun dan Betong).

    Sejarah

    Sejarah Kedah FM bermula pada tahun 1968. Pada masa itu, seorang wakil ditempatkan di Bangunan Persekutuan, Alor Setar untuk membuat liputan, rakaman dan temuramah mengenai sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar negeri Kedah untuk stesen Radio Malaysia Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

    Pada tahun 1979, sebuah stesen sementara yang dikenali sebagai Radio Malaysia Alor Setar (RMAS) ditubuhkan di Wisma Persekutuan, Alor Setar.

    Pada tahun 1992, Radio Malaysia Alor Setar berpindah ke Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim, di mana ia terus bersiaran di tempat itu sehingga sekarang. Kompleks ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 8 Februari 1992.

    Pada tahun 2003, pemasangan peralatan suntingan video digital dibuat di unit berita manakala pemasangan peralatan penyiaran digital dibuat di studio siaran. Untuk keselamatan, Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan Sistem Pengurusan Masa (Time Management System).

    Pada tahun 2004, Kedah FM memasang sistem berita DaletPlus. Sistem ini membolehkan berita-berita dari Kedah dihantar secara melalui talian VPN ke Angkasapuri. Tahun ini juga, ke semua pemancar utama radio RTM dinaik taraf kepada RDS (Sistem Radio Data) untuk tujuan peningkatan frekuensi siaran yg lebih berkualiti & terkini serta memudahkan pengguna radio yang mempunyai radio penerima RDS ini mudah diaplikasikan. Pemancar yang terlibat dalam naiktaraf untuk Kedah FM ialah di Gunung Jerai, Bukit Sungai Kecil Hilir dan Bukit Dedap. Manakala pemancar lain dikekalkan kerana masih boleh diguna pakai sehingga sekarang.

    Pada tahun 2005, Sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) telah digunakan untuk siaran Kedah FM. Semua pendengar yang ingin menghantar SMS mereka perlu mendaftar sebagai Ahli Sahabat Kedah FM. Melalui Sahabat Kedah FM ini, pelbagai aktiviti dapat dijalankan. Pada 12 November 2005, siaran 24 jam Kedah FM dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang dari Dewan Wawasan Jitra oleh DYMM Sultan Kedah. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Penerangan Malaysia, YB Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Bin Haji Sheikh Fadzir dan isteri. Siaran 24 jam ini merupakan cetusan idea beliau. Pemasangan Sistem Penjadualan Iklan Radio untuk bahagian Pemasaran Radio. Sistem ini membolehkan semua aktiviti penjadualan iklan dapat dihubungkan secara online kepada semua stesen radio di seluruh Malaysia.

    Pada 2007 Radio Online Kedah Fm telah dibangunkan untuk para pendengar di luar Kedah atau Malaysia. Sambutan menggalakkan daripada pendengar terutama dari luar negara 2010 Domain terbaru kedahfm http://www.kedahfm.gov.my 2011 Frekuensi 105.1 MHz di UUM Sintok, Kedah dipancarkan.

  • Carta Organisasi

    Carta Organisasi Pengurusan

    Carta Organisasi Pentadbiran

    Carta Organisasi Berita

    Carta Organisasi Rancangan

    Carta Organisasi Kejuruteraan

  • Visi dan Misi

    VISI
    Memenangi hati dan pemikiran rakyat melalui perkhidmatan radio dan media baharu.

    MISI
    1. Membentuk masyarakat bermaklumat melalui perkhidmatan radio dan media baharu
    2. Memastikan RTM diyakini dan menjadi media pilihan utama
    3. Membangunkan kandungan berkualiti, kreatif dan inovatif
    4. Memanfaatkan pembangunan infrastruktur penyiaran untuk liputan yang meluas dengan menggunakan teknologi terkini